Sunday, April 15, 2018

aku yang sekarang

aku masih hidup kawan2. aku ada terima few emails dari unknown. alhamdulillah. ada jugak yang sudi baca cebisan suratan hidup aku ni. hahaha. rasa retis jap.

hari ni aku nak cerita sikit pasal life aku sekarang. alhamdulillah. aku sekarang merupakan executive di salah sebuah syarikat gergasi yang ada kat malaysia ni. kerja aku buat analysis here and there. kadang2 stress kadang2 happy. macam roda gak la. tapi bukan tu yang aku nak cerita actually. apa yang aku nak cerita ialah kerisauan aku sebelum masuk kerja. aku takot kena buat test hiv sebagai salah satu syarat tuk bekerja. alhamdulillah again, company yang aku kerja sekarang ni tak mintak pon pasal benda tu. ya, mesti ramai tertanya2 kenapa aku risau sangat? sebab aku ni scholar beb. aku ni bonded ngan company yang dah sponsor waktu aku study kat universiti dulu. kalau aku gagal bekerja ngan diorang aku kena bayar beratus ribu balik pada company tu. memang risau. serius. aku memang tak risau sangat kalau aku tak bonded. tapi sebab bonded ni la yang buat aku risau sangat.

about my ex gf, aku dah clarify kat dia yang aku ni ada penyakit yang tak dapat diubati. dia masih tertanya2 untill now. penyakit apa. aku hanya berdiam diri.. sorry sayang sebab i tinggalkan u. bukan sebab i benci u. tapi u deserve a better person than i am. dah setahun aku tinggalkan dia demi kebaikan dia. tapi untill now, dia masih berharap pada aku. aku serba salah. lagi aku tinggalkan dia, lagi dekat dia dengan aku. sayang.. andai kau tahu aku ni ada hiv, kau sanggup ke terima diriku seadanya? pada korang yang nak tahu, gf aku ni adalah my childhood friend, yang end up jadi girlfriend aku. aku tak tahu sama ada dia percaya atau tidak yang aku ni ada penyakit yang tidak dapat diubati. mungkin dia ingat aku tipu dia. itu aku tak tahu. yang pasti aku tak nak dia fikir aku tinggalkan sebab benda lain. amik masa setahun gakla aku nak explain kenapa aku tinggalkan dia. sebab waktu aku tinggalkan dia. dia tak pernah persoalkan kenapa dan kenapa. mungkin aku rasa time tu, dia rasa aku dah jumpa perempuan lain yang lagi cantik dari dia. dia selalu je cakap ngan aku, aku ni handsome, ramai je awek kat luar sana tu nak kat aku. dia selalu rasa insecure. tapi sepanjang aku ngan dia selama 4 tahun yang lalu, tak pernah sekali pon aku couple ngan pumpuan lain. demi Allah. hanya dia saja dalam hati aku.. tapi noti2 sikit2 tu ada la.. tapi hati aku ni memang hanya tuk dia.. tapi apa akan daya, aku tak mampu nak bahagiakan dia. sebab aku ni berpenyakit. uncurable disease. betul ke perkataan yang aku guna tu? lantak lah. hahaha. 

okay. end pasal awek aku dan keadaan aku sekarang. now, its about me. aku ni dah umur 24 tahun. umur aku semakin meningkat. adakah aku akan end up diri aku single forever? hanya tuhan yang tahu. ayah and mak tiri aku selalu sibuk nak jodohkan aku ngan ramai gegadis kat kampung aku. aku pon tak tahu kenapa. bagi aku, aku masih muda lagi kalau nak berkahwin. aku target kalau aku takda hiv ni pon aku nak kawin lepas siap phd. dalam umur aku 28 atau 29 macam tu la. mungkin 30 paling lewat. tapi mungkin plan aku harus berubah lepas ni. yelah sebab aku ada hiv. ada ke wanita2 kat luar sana nak kan pada aku? walaupon orang kata aku ni handsome, tinggi lampai, putih, stylo tapi tak guna gak semua tu kalau aku ni pembawa malang pada bakal isteri aku nanti.. 

untuk ex awek aku.. lagu ni aku tujukan pada kau.. semoga kau memahami segala isi hati aku.. adios