Sunday, April 17, 2016

aku masih hidup

alhamdulillah syukur kepada Allah swt aku masih hidup. fuh fuh berhabuk dah blog aku ni. hehe. cume satu je aku nak share kat semua reader (kalau ade) kat blog aku ni tentang hidup aku sekarang, perancangan masa depan dan masa nak menemui ilahi nanti.

sekarang, cd4 aku kejap naik kejap turun. last year 188 (belum start makan ubat), pastu 200 lebih something (belum start makan ubat) , and yang paling latest 194 (dah start makan ubat - dalam 4 bulan macam tu). sekarang aku rasa lebih tenang, lebih boleh menerima yang ni adalah pesakit hiv. doktor yang rawat aku tu selalu nasihat kat aku suruh bagitahu family pasal penyakit aku ni. tapi aku cakap belum ready. banyak kali dia cakap benda yang sama. hmm. kadang2 tension gak bila dia asyik nak suh aku bagitahu family aku pasal ni. aku dah cakap banyak kali kat dia, family aku memang tak boleh terima, sebab knowledge diorang pasal hiv ni memang negative. huhu. apepon aku bersyukur doktor tu understanding.

perancangan masa depan? kawin? hehe ade ke wanita kat luar tu nak kan aku? pasal awek aku, dia still couple ngan aku. aku tak tahu nak break up dengan dia macam mana, sebab dia terlampau baik. aku tak nak kecewakan dia. aku tahu dia sangat sayang kan aku. dan aku pon sayangkan dia. tapi suatu hari nanti pasti aku akan bagitahu dia gak pasal benda ni. buat masa ni, niat aku, aku nak jaga dia selagi mana yang aku boleh. selagi nyawa masih dikandung badan. aku tak nak dia terjumpa salah orang atau mana2 jantan yang akan kecewakan hati dia. sebab aku sangat sayangkan dia. biarlah satu hari nanti bila sudah tiba masanya, aku akan bagitahu dia perkara sebenar. biarlah dia tentukan hidup dia sama ada nak bersama aku atau pon tidak. aku redha. tapi kalau boleh aku nak dia bersama orang lain yang layak membahagiakan dia. aku ni sapelah. dah la ade hiv. tah2 akan bahayakan dia pulak kalo aku kawin ngan dia nanti. huhu

ajal dan maut? aku redha. aku berserah kepadanya. jika aku pergi lebih awal, aku terima seadanya. sesungguhnya Allah itu maha mengetahui perjalanan hambanya. yang baik mahu pon yang buruk.

so ok lah sampai sini jelah update aku kali ni. chow dulu.