Sunday, April 15, 2018

aku yang sekarang

aku masih hidup kawan2. aku ada terima few emails dari unknown. alhamdulillah. ada jugak yang sudi baca cebisan suratan hidup aku ni. hahaha. rasa retis jap.

hari ni aku nak cerita sikit pasal life aku sekarang. alhamdulillah. aku sekarang merupakan executive di salah sebuah syarikat gergasi yang ada kat malaysia ni. kerja aku buat analysis here and there. kadang2 stress kadang2 happy. macam roda gak la. tapi bukan tu yang aku nak cerita actually. apa yang aku nak cerita ialah kerisauan aku sebelum masuk kerja. aku takot kena buat test hiv sebagai salah satu syarat tuk bekerja. alhamdulillah again, company yang aku kerja sekarang ni tak mintak pon pasal benda tu. ya, mesti ramai tertanya2 kenapa aku risau sangat? sebab aku ni scholar beb. aku ni bonded ngan company yang dah sponsor waktu aku study kat universiti dulu. kalau aku gagal bekerja ngan diorang aku kena bayar beratus ribu balik pada company tu. memang risau. serius. aku memang tak risau sangat kalau aku tak bonded. tapi sebab bonded ni la yang buat aku risau sangat.

about my ex gf, aku dah clarify kat dia yang aku ni ada penyakit yang tak dapat diubati. dia masih tertanya2 untill now. penyakit apa. aku hanya berdiam diri.. sorry sayang sebab i tinggalkan u. bukan sebab i benci u. tapi u deserve a better person than i am. dah setahun aku tinggalkan dia demi kebaikan dia. tapi untill now, dia masih berharap pada aku. aku serba salah. lagi aku tinggalkan dia, lagi dekat dia dengan aku. sayang.. andai kau tahu aku ni ada hiv, kau sanggup ke terima diriku seadanya? pada korang yang nak tahu, gf aku ni adalah my childhood friend, yang end up jadi girlfriend aku. aku tak tahu sama ada dia percaya atau tidak yang aku ni ada penyakit yang tidak dapat diubati. mungkin dia ingat aku tipu dia. itu aku tak tahu. yang pasti aku tak nak dia fikir aku tinggalkan sebab benda lain. amik masa setahun gakla aku nak explain kenapa aku tinggalkan dia. sebab waktu aku tinggalkan dia. dia tak pernah persoalkan kenapa dan kenapa. mungkin aku rasa time tu, dia rasa aku dah jumpa perempuan lain yang lagi cantik dari dia. dia selalu je cakap ngan aku, aku ni handsome, ramai je awek kat luar sana tu nak kat aku. dia selalu rasa insecure. tapi sepanjang aku ngan dia selama 4 tahun yang lalu, tak pernah sekali pon aku couple ngan pumpuan lain. demi Allah. hanya dia saja dalam hati aku.. tapi noti2 sikit2 tu ada la.. tapi hati aku ni memang hanya tuk dia.. tapi apa akan daya, aku tak mampu nak bahagiakan dia. sebab aku ni berpenyakit. uncurable disease. betul ke perkataan yang aku guna tu? lantak lah. hahaha. 

okay. end pasal awek aku dan keadaan aku sekarang. now, its about me. aku ni dah umur 24 tahun. umur aku semakin meningkat. adakah aku akan end up diri aku single forever? hanya tuhan yang tahu. ayah and mak tiri aku selalu sibuk nak jodohkan aku ngan ramai gegadis kat kampung aku. aku pon tak tahu kenapa. bagi aku, aku masih muda lagi kalau nak berkahwin. aku target kalau aku takda hiv ni pon aku nak kawin lepas siap phd. dalam umur aku 28 atau 29 macam tu la. mungkin 30 paling lewat. tapi mungkin plan aku harus berubah lepas ni. yelah sebab aku ada hiv. ada ke wanita2 kat luar sana nak kan pada aku? walaupon orang kata aku ni handsome, tinggi lampai, putih, stylo tapi tak guna gak semua tu kalau aku ni pembawa malang pada bakal isteri aku nanti.. 

untuk ex awek aku.. lagu ni aku tujukan pada kau.. semoga kau memahami segala isi hati aku.. adios





Saturday, September 3, 2016

result viral load dan girlfriend

assalamualaikum semua..

alhamdulillah pada tarikh appointment aku yang lepas aku dapat result viral load aku buat kali pertama.. terkejut aku.. viral load aku ialah undetected! terkejut aku! hahahah.. alhamdulillah..

seperti biasa bila aku jumpa dotor pakar yang rawat aku tu dia selalu pressure aku suruh bagitahu parents aku tentang penyakit aku ni.. dalam hati aku, yela dokter, ko takde penyakit ni, memang senang la ko cakap macam tu kan.. dokter tu kata dia risau kalau apa2 jadi kat aku nanti, family aku akan salahkan dokter tu.. ape jenis punya reason lah dokter ni.. aku pon tak paham.. bukan ke hiv ni rahsia.. dan semua orang tahu pasal benda tu? hmm... tapi aku tahu.. doktor tu mesti ada niat baik, iaitu supaya family aku lebih care pasal aku bila dah tahu aku ade penyakit ni.. tapi.. kalo aku bagitahu.. aku rasa family aku lagi down ade la..

biarlah aku tanggung penyakit ni sorang2.. jalani hidup sorang2.. dan senang citer bersendirian melewati hari2 di dunia ni hingga nafas aku yang terakhir.. cewahhh.. ayat memang takde lagi sedih ke... hehehehe...

pasal awek aku.. hmm.. aku tak tahu macam mana nak explain kat dia, bila satu hari nanti dia ajak kawin.. betul2 aku bingung.. takkan aku nak bagitahu aku dapat penyakit ni atas sebab maksiat yang pernah aku buat dulu? malu la aku.. lagi la dia tak bole terima aku..hmm... tiap2 kali kuar dating ngan dia mesti hati aku berbelah bagi.. seolah2 aku memberikan harapan yang cerah untuk dia di masa hadapan nanti.. tapi apa aku bole buat? aku tak ready lagi nak bagitahu sapa2 yang aku ade penyakit ni... lainla kalo sakit kanser ke ape ke.. yang tu aku rasa takda masalah.. semua orang akan ok bila aku bagitahu kalau2 aku ade kanser..malah diorang akan bertambah lagi simpati kot bila dapat tahu aku ade kanser.. tapi hakikatnya tidak! aku bukan ada kanser! aku ada hiv bai.. hiv tu sentiasa mengalir dalam darah aku ni..

aku harap satu hari nanti aku bole berterus terang kat awek aku yang aku ni ada hiv.. dan dia boleh pergi tinggalkan aku anytime.. sebab biarlah aku tanggung penyakit ni sorang2.. yang puncanya aku juga..sape le suruh buat banyak sangat maksiat yang terlarang tu.. kan da kena.. cia cia cia... hahahaha

lagi satu.. pasal appointment hari tu berat aku turun lagi satu kilo.. aiyooo.. lama2 tinggal tulang la aku ni.. dokter ada bekalkan aku vitamin b complex ngan ubat tambah darah.. tapi aku jarang sangat amik supplemen tu.. sebab aku rasa tak perlu kot.. tapi mesti ada sebab dia bekalkan ubat tu pada aku kan? so aku kena ambik gak satu hari nanti.. takpela nanti aku try satu2.. tapi ubat haart yang dokter bekalkan tu aku tak pernah miss.. cuma supplemen tambah darah dan vitamin b complex je aku tak ambik.. sebab lagi pun ubat tambah darah tu tak sedap.. macam nak muntah aku dibuatnya bila makan.. ubat haart lagi sedap.. hahahaha

k la.. sampai sini jela update aku kali ni.. insyaAllah ada masa kita berjumpa lagi.. pape roger.. hahahaha

Sunday, April 17, 2016

aku masih hidup

alhamdulillah syukur kepada Allah swt aku masih hidup. fuh fuh berhabuk dah blog aku ni. hehe. cume satu je aku nak share kat semua reader (kalau ade) kat blog aku ni tentang hidup aku sekarang, perancangan masa depan dan masa nak menemui ilahi nanti.

sekarang, cd4 aku kejap naik kejap turun. last year 188 (belum start makan ubat), pastu 200 lebih something (belum start makan ubat) , and yang paling latest 194 (dah start makan ubat - dalam 4 bulan macam tu). sekarang aku rasa lebih tenang, lebih boleh menerima yang ni adalah pesakit hiv. doktor yang rawat aku tu selalu nasihat kat aku suruh bagitahu family pasal penyakit aku ni. tapi aku cakap belum ready. banyak kali dia cakap benda yang sama. hmm. kadang2 tension gak bila dia asyik nak suh aku bagitahu family aku pasal ni. aku dah cakap banyak kali kat dia, family aku memang tak boleh terima, sebab knowledge diorang pasal hiv ni memang negative. huhu. apepon aku bersyukur doktor tu understanding.

perancangan masa depan? kawin? hehe ade ke wanita kat luar tu nak kan aku? pasal awek aku, dia still couple ngan aku. aku tak tahu nak break up dengan dia macam mana, sebab dia terlampau baik. aku tak nak kecewakan dia. aku tahu dia sangat sayang kan aku. dan aku pon sayangkan dia. tapi suatu hari nanti pasti aku akan bagitahu dia gak pasal benda ni. buat masa ni, niat aku, aku nak jaga dia selagi mana yang aku boleh. selagi nyawa masih dikandung badan. aku tak nak dia terjumpa salah orang atau mana2 jantan yang akan kecewakan hati dia. sebab aku sangat sayangkan dia. biarlah satu hari nanti bila sudah tiba masanya, aku akan bagitahu dia perkara sebenar. biarlah dia tentukan hidup dia sama ada nak bersama aku atau pon tidak. aku redha. tapi kalau boleh aku nak dia bersama orang lain yang layak membahagiakan dia. aku ni sapelah. dah la ade hiv. tah2 akan bahayakan dia pulak kalo aku kawin ngan dia nanti. huhu

ajal dan maut? aku redha. aku berserah kepadanya. jika aku pergi lebih awal, aku terima seadanya. sesungguhnya Allah itu maha mengetahui perjalanan hambanya. yang baik mahu pon yang buruk.

so ok lah sampai sini jelah update aku kali ni. chow dulu.

Saturday, June 6, 2015

kahwin?

salam semua,

hari ni hari rilek2. hari sabtu. aku pon tak buat apa2 just rilek kat rumah and tido sepuasnya. haha. so tadi aku pon selak2 facebook kat wall aku. ya, banyak senior2 aku yang kahwin dan mendirikan rumah tangga. dalam hati aku, sejujurnya, aku sangat jelous dengan diorang. alangkah indah jika aku dapat merasai nikmat kahwin suatu hari nanti. alangkah indah hidup ini jika aku dapat hasilkan anak daripada darah daging aku sendiri. sesungguhnya aku sangat sayang dan cintakan pada budak2 kecik. aku kalau nampak je budak2 kecik yang comel, baby2, aku tak dapat tahan nak dukung baby2 tu. aku sangat suke kan budak2 beb.

aku masih ingat lagi waktu aku tinggal dengan kejiranan kampung dekat rumah aku yang dulu, jiran aku ni baru dapat baby, aku hepi giler. hari demi hari berlalu, aku selalu spend time ngan baby tu, sampaikan sampai satu tahap baby tu lebih suka kan aku dari adik beradik kandung diorang. haha. time tu aku gelak je. terdetik dalam hati aku, bila aku jadi ayah suatu hari nanti, mesti manja giler anak2 aku. tapi.... lepas apa yang dah jadi pada aku sekarang ni, dapatkah aku bergelar seorang bapa suatu hari nanti? peluang untuk aku kahwin pon amat tipis. apatah lagi untuk dapat anak dari darah daging aku sendiri. alangkah indah jika aku dapat jadi seorang suami dan ayah pada keluarga aku nanti. tapi apakan daya. aku pasrah pada ketentuannya, pada takdir daripadaNya buatku.

Tuesday, May 26, 2015

no more privacy for plhiv? haha

halo2 sume.

aku rasa da bersarang habuk dah aku nye blog ni. pasal aku memang lama gile tak update ape2. so aku rasa patut aku update something ar kan tuk peminat2 aku di luar sana. hihihi. masuk bakul angkat sendiri campak ke laut.

so arini aku ada appointment ngan doktor pakar aku pasal aku nye condition lah. basically, aku nye current cd4 dah turun sampai 385. sebelum ni 494 (kot) dan yang mula2 sekali dalam 500 something. haha. nampak nau aku tak amik kisah pasal cd4 aku kan?

so hari ni aku jumpe dr pakar aku, as usual pagi. aku start moto kapcai aku gi klinik tu sorang2. (yela, what do you expect orang nak temankan aku? gile? haha) pastu aku register kat kaunter and terus tunggu kat tempat ruang menunggu. ade 2 jam gak la aku tunggu. lama gile kali ni nak tunggu jumpe doktor yang disayangi (hehe).

jadinya lepas 2 jam aku tunggu kat klinik tu, akhirnya nama aku dipanggil. (dup dap dup dap). walaupon dah nak masuk kali ketiga jumpe dr ni, aku masih gak nervous. tak tahu nape. maybe sebab aku masih trauma lagi kot.

bila aku masuk je bilik tu,mak ai....... aku terkejut mati! punya lah berlambak manusia2 doktor pelatih yang muda2 kat situ. pehhhhhhhhhhh. aku time tu tak tahu nak describe macam mana feeling aku. bercampur baur. memang tak bole nak terkata perasaan aku time tu. malu. depression. marah. segan. silu. macam2 ah. so aku tebalkan muke je hadap semua manusia2 kat dalam tu.

hmm. aku memang malu giler. doktor2 tu semua baya2 aku je. aku tak tahu nak letak mana muka aku beb. hanya Allah je yang tahu. so dalam bilik tu, macam2 la penerangan dr pakar tu buat kat aku. mentang2 pelatih2 ade kat situ time ni la rajin nak banyak cakap and explain kat aku pasal dianogsis aku. haha

anyhow, aku buat muka tak tahu malu and my voice when aku cakap ngan doktor tu, tak tahu ah tiba2 jadi perlahan macam berbisik lak. ye ar. segan beb. segan. aku tak tahu nak letak muka aku kat mana. hmm. patutnya dr tu kena mintak izin aku dulu sebelum nak wat benda macam tu. itu hak privasi aku. tapi tak tahu ah kenapa dia buat macam tu kat aku. sedih. terkilan pon ade gak. hmm.

so lepas abis appointment aku tu aku terus gi balik and berfikir macam2 pasal peristiwa pagi semalam. macam2. haish. sepatutnya diorang patut pikir kalau diorang kat tempat aku ape diorang rasa? hmm. hanya Allah jelah yang tahu.

klah. sampai sini je ah ape aku nak cite tuk kali. insyaAllah kita berjumpa lagi di hari dan waktu yang sama, dalam rancangan......'ini suratan hidupku!' haha.

good nite! chow

Sunday, August 31, 2014

life must go on..

assalamulaikum..

dah lama aku xupdate blog ni..hari hari yang aku hadapi sejak kebelakangan penuh cabaran..stigma orang yang ade hiv ni selalu bermain kat fikiran aku..setiap kali aku tengok awek2 yang ada kat sekeliling aku..setiap kali itulah aku remind diri aku yang aku ni ada hiv..jangan..jangan dekat ngan diorang..sebab aku tak nak sapa2 pon jatuh hati kat aku..aku tak nak kecewakan sape2..ya Allah..hanya engkau sajalah yang tahu..

aku teringin berkeluarga..aku teringin nak ada anak aku sendiri..tapi..apakan daya..mungkin perjalan hidup aku adalah bujang semata..hari tu appointment dengan doktor yang handle kes aku ni..dia kata, "lebih baik awak jangan kawin..itu adalah yang terbaik..tapi kalo ditakdirkan awak dapat orang yang boleh menerima awak..awak teruskanlah..kami akan bantu awak" 

tapi persoalannya, ada ke orang nak kawin dengan seorang lelaki yang hiv positif? benda ni lah yang selalu bermain kat fikiran aku..sesungguhnya aku teringin sangat nak ada seorang wanita muslimah yang boleh menerima aku seadanya..ya..aku tahu..lelaki yang baik tuk perempuan yang baik and vice versa..tapi lelaki jahat macam aku? mcm mana?

Sunday, June 1, 2014

lonely..

setiap kali aku bawak moto pergi mana2 jer,aku rasa sunyi sangat..aku rasa lonely..rasa dia tu xtaw nak describe macam mana..sejak kebelakangan ni..aku selalu teringat pasal mati. dan setiap kali sedara2 aku bergurau ngan aku, aku selalu tersasul cakap ngan diorang, kalo aku mati nanti maafkan segala silap aku. diorang diam.maybe diorang pelik napa aku cakap macam tu. aku pon tak tahu kenapa aku cakap macam tu. selalunya lepas aku solat, aku baca quran ('selalu' refer pada lepas dpt hiv..hehe) sebab aku rasa amal aku terhadap maha Pencipta terlampau sikit..aku xready lagi ya Allah..aku xready..aku xready nak mati..dosa aku kat dunia ni banyak sangat..aku rasa down..aku rasa hina..aku tak tahu nak luahkan kat sapa aku ada penyakit ni..aku tak kuat..

pasal check up..aku plan nak pegi minggu depan..kata helmi abu, kat hospital sungai buloh efisien..tapi aku xsure prosedur dia macam mana..aiyooo..cuak ler plak..

tunang..aku dah putus..aku sendiri bagitahu parents dia..diorang boleh terima..alhamdulillah semua berjalan ngan lancar..ex tunang aku selalu call aku..tanya kabar..dia macam mengharap sangat kat aku..actually sebelum ni aku xpernah jumpa tunang aku ni..bila dah jumpa,memang aku xnafikan dia memang cantik..tapi apakan daya, aku xlayak tuk dia. aku stay umah dia 3 hari 2 malam sebab nak settlekan benda ni..

awek aku. aku tak tahu macam mana nak hadapi. aku rasa serba salah plak kalo putus ngan dia..aku xnak dia nangis..aku xnak hancurkan hati dia..kalo dia nangis..hancur luluh hati aku..kalo ikotkan..dah setahun setengah kitorang kapel. aku btol2 cintakan dia..tapi apakan daya..aku tak nak jangkitkan dia dengan penyakit aku ni..aku rasa down bila fikir pasal benda ni..tapi jauh di sudut hati aku..aku nak memperisterikan dia..tapi..hiv ada di dalam darah aku..ya Allah kuatkan hati hambamu ini..

Wednesday, May 14, 2014

check up cancel

hi blogger

lama gak ah aku xupdate pape kat blog ni..lame ke? haha. ape ape pon, hari ni aku plan nak wat check up kat hopital kerajaan tapi terbantut lak niat tu. aduhai. mana tak nya semalam wesak day. aku plak jenis2 yang tak amik tahu pasal benda ni. lagi r buat aku tension.

tapi nasib baik ah sebelum aku gi hospital tu tadi aku ada call abg luka. tanya2 kot2 hospital tutup ker. nasib baik abg luka bagitahu aku dia tutup. jadinya aku batalkan lah niat aku nak pegi. aku plan nak pegi bulan 6 ni. tapi tak tahu macam mana. sebab aku bulan ni memang pack giler jadual aku. nak tak nak, memang kena pegi bulan 6 ni. harap2 dipermudahkan. amin

tapi kan bro, kekadang aku ada terpikir gak, kalo aku tak pergi check up awal2 ni, nanti penyakit aku ni jadik worse acane tu? tetibe collapse. haaaa. memang masak ar..aduhai. harap takda pape ar. harap2 cd4 aku masih maintain lagi. n aku harap orang kesihatan tu xdtg umah sebab maybe dalam seminggu bulan depan aku memang takda kat malaysia. sebab aku kan belum buat check up lagi.

tak pasal2 die datang umah makcik aku macam aritu.cetttt. harap2 tak ar..k ah gua nak tido. salam yaw

Monday, May 5, 2014

peringatan

hi,

hari ni aku memang tak boleh tido. tak tahu kenapa. mungkin sebab semalam aku tertido petang kot. hehe. so aku masak maggie tengah2 malam buta ni, just to satisfy my stomach. alhamdulillah perut aku pon kenyang dah ni. tunggu masa nak tido jer.

apa apa pon, semalam aku dapat call, sekali lagi, daripada klinik kesihatan nak pantau status kesihatan aku. kalo di ikotkan ni adalah klinik ketiga yang call aku sebab nak suruh aku buat follow up dengan klinik kerajaan. klinik yang call aku ni, klinik yang mula2 tahu yang aku ni ada hiv melalui rapid test. nah, pandai klinik tu umpan aku. nak tahu kenapa? yang call aku semalam tu MA klinik tu. suara anak2 gadis yang cute2..hehe. dia call time aku tengah mombongkang tido. nasib baiklah aku terjaga nak jawab call dia tu. dalam tengah call2 tu, aku dengar ada orang lain gak yang dengar perbualan tu. aku rasa ni mesti makcik yang amik darah aku aritu. sebab suara dia macam familiar. aku rasa makcik tu tak nak cakap dengan aku sebab dia takot aku tak bagi kerjasama kot. sebab tu dia umpan aku dengan miss yang comel2 tu..kihkihkih..

apa2 pon, aku bukan tak nak buat follow up dengan klinik kerajaan tu, cumanya aku takot member2 aku dapat tahu aku ada penyakit ni. dan benda ni bukan sebab aku tak nak orang tahu, benda ni sebab persepsi masyarakat yang masih tak boleh terima orang ada hiv ada kat sekeliling diorang. sebab tulah aku takot nak wat check up kat klinik kesihatan. lagi2 member aku banyak yang kerja kat klinik n hospital. lagi la aku cuak. tapi aku rasa, aku nak pegi minggu ni. aku akan cuba gagahkan diri aku gak tuk buat benda ni. mana tahu, tetiba kang aku collapse kat dalam kelas? nah..lagi parah tu..haha. ok lah gua nak tido!

Monday, April 28, 2014

redha

hi,

hari ni aku rasa aku sedikit tenang..dan rasa macam aku dah boleh terima apa yang ada dalam darah aku ni..aku hanya mampu menahan mata air mata jer bila tengok orang lain bahagia..aku rasa aku adalah orang yang terhina sekali dalam dunia ni..mana tak nya, orang lain semua boleh kawin..boleh hidup bahagia..ada anak..ada cucu..semuanya..tapi aku? Allah..hanya tuhan jer yang tahu..

aku suka baca blog http://perjalananhivpositif.blogspot.com/ sebab kes dia ada sikit macam kes aku..tapi dia kuat..dia x macam aku..aku lemah..aku nak pergi buat ujian pun x berani lagi..abg luka dah selalu nasihat kat aku..pergi buat follow up kat klinik kerajaan..tapi aku masih degil..aku takut..aku risau..macam2 dalam pale otak aku..ya Allah..kuatkanlah hati hambamu ini..

Sunday, April 13, 2014

dilema

hi blogger, 

malam tadi aku kuar ngan member aku lepak2..borak2 ngan dia pasal sume benda..dari benda yang common pada la benda ehem2..bila aku dok borak ngan dia tiba2.. aku terbayang lagi pasal kes aku ngan parent aku..diorang dah nak tunangkan aku..tapi aku pulak ada masalah mcm ni..aku rasa tension. aku ingat lagi..ada sorang inspektor kesihatan ni call aku, dia kata,

"awak xbole tension2, nanti ia akan melemahkan anti bodi awak"

ya tuhan..macam mna la aku tak tension. tension ngan study lagi..tension ngan parent aku lagi..n skrg aku tgh cari cara mcm mna aku nak putuskan hubungan aku ngan awek aku..tapi..aku xnak dia sedih, tapi, aku rasa aku patut buat semua ni tuk kebaikan dia..aku ingat lagi..time aku explain kat dia yang parent aku nak tunangkan aku..aku tanya dia,

"syg, syg xkisah ker abg tunang ngan pilihan mak ayah abg? "

pastu dia terus sebak n menangis..hancur luluh hati aku time tu..aku tak sanggup tengok dia menangis lagi..aku betul2 sygkan dia..aku cintakan dia..aku xnak dia menangis lagi sebab aku..syg..abg mintak maaf syg..abg bukan xsyg syg..tapi abg ada virus yang bole buat syg merana..abg mintak maaf..




Saturday, April 12, 2014

ujian Allah untuk aku

hi semua

aku tak tahu nak start dari mana..aku terfikir nak buat blog ni sebab aku nak luahkan apa yang ada dalam hati aku..baru2 ni, aku dapat tahu aku hiv positif melalui rapid test..waktu tu aku rasa macam nak pitam bila aku tengok ada 2 palang kat test kit tu..tapi cair2..aku xpuas hati..aku rasa benda tu salah..tiba2 nurse tu kata nak buat lagi sekali..aku pon setuju..sekali lagi, dapat result yang sama..tapi aku rasa mcm xpercaya..sbb palang yg kedua tu macam cair jer..aku pon rilek..buat cool..pastu nurse tu cakap

"benda ni x accurate, kena wat kat hospital tuk confirmkan" 

pastu dia buat reference letter tuk aku bila gi hospital nanti..aku pon mcm xpercaya time tu aku ada hiv..aku pon google kat hp pasal contoh result rapid test hiv. waktu tu aku terkejut mcm nak dunia berputar2 bila aku tgok keputusan yang cair adalah keputusan positive! aku rasa mcm nak pengsan. aku rasa down. aku dah pikir bukan2. aku cakap kat diri aku. ni penamat hidop aku..aku terbayang wajah mak ayah aku..apa kata diorang nanti bila dia dapat tahu aku ada hiv..


pastu aku follow up buat kat bp lab..sbb nak buat confirmation..aku jumpa nurse kat situ..n dia sgt profesional..tak tanya macam2 terus bagi aku nombor suruh aku duduk..pastu dia amik darah aku..aku bayar..aku terus balik..dia cakap..minimum 3hari baru result kuar..hari ketiga aku call..masih tak siap..sampaila hari ke enam aku call..dia cakap dah siap..dah bole amik result..petang tu..lepas abis kelas..aku terus pecut gi bp lab..sampai jer kat situ..aku masuk bagi resit n dia suruh duduk dulu.. pastu nurse macam lain macam jer pandang aku.. dia duk bincang2 kat nurse lain sambil pandang muka aku..aku dah rasa lain macam..lepas 5 minit macam tu dia panggil aku..dia kata doktor takda..so xboleh amik result..dia kata std, infected disease kna jumpe doktor bru bole amik result..katanya result ada ngan doktor..aku pon ia kan ajer..dia cakap esok dtg kol 12..aku pon sabar jerla..

esok tu aku xdtg..sbb aku xready..n busy sikit..hari ke 8 aku gagahkn diri aku pegi amik result..sampai jer kat bp lab..nurse tu dah kenal aku..terus dia bagi result dalam envelope A4. aku bukak..reactive.positive.aku rasa ciyes nak pitam time tu..aku xsangka mmg betul aku positif..nurse tu ckp..doktor nak jumpa aku..aku pon pegi masuk bilik doktor..dia tutup semua pintu..pastu dia kata

"result ni 70% jer accurate..u kena buat western blood test tuk konfirmkan.."

dia suruh aku buat western blood test. tapi mahal. rm290. so aku hold dulu. aku cakap ngan nurse tu, aku nak buat kat gov clinic nanti. tapi sampai sekarang aku tak buat. aku tak berani...aku balik umah..dalam keadaan yg xtahu mcm mna..dlm perjalanan balik tu..moto yg aku bawak hampir 4-5 kali nk eksiden..aku rasa ramai giler orang nk langgar aku time tu..tp aku rasa aku yg bawak xbetul sebenarnya..aku sampai umah..gi kelas n belakon mcm xda apa2..

hari ni..aku beranikan diri bukak blog2 hiv..selama ni didiagnos..aku xberani bukak blog2 tu..seram pon ada..tapi aku berani kan diri aku gak..

aku ada terbaca geng2 yang positive macam aku..aku tahan sebak dalam hati aku...aku nak menangis pon ada. aku tak sanggup nak pikir apa yang akan jadi kat aku lepas ni. hanya tuhan jer yang tahu perasaan aku sekarang ni..aku selalu pikir, macam manalah aku nak hadapi semua ni..aku masih belaja..tah orang nak terima aku kerja ke x tah..aku takut..aku ada banyak tanggungan lepas aku grad..mak, ayah, adik2, hanya aku yang diorang harapkan...

lagipon, sejak aku aku dapat tahu benda ni, aku selalu pikirkan, ada ke perempuan nak kawin ngan aku? awek aku? aku x berani nak bagitahu dia. aku takot. aku pon masih tak boleh terima kenyataan aku dapat benda ni. mcm mana aku nak bagitahu dia? dia boleh terima aku ke? atau aku yang tak boleh terima diri aku sendiri?

:(