Sunday, April 17, 2016

aku masih hidup

alhamdulillah syukur kepada Allah swt aku masih hidup. fuh fuh berhabuk dah blog aku ni. hehe. cume satu je aku nak share kat semua reader (kalau ade) kat blog aku ni tentang hidup aku sekarang, perancangan masa depan dan masa nak menemui ilahi nanti.

sekarang, cd4 aku kejap naik kejap turun. last year 188 (belum start makan ubat), pastu 200 lebih something (belum start makan ubat) , and yang paling latest 194 (dah start makan ubat - dalam 4 bulan macam tu). sekarang aku rasa lebih tenang, lebih boleh menerima yang ni adalah pesakit hiv. doktor yang rawat aku tu selalu nasihat kat aku suruh bagitahu family pasal penyakit aku ni. tapi aku cakap belum ready. banyak kali dia cakap benda yang sama. hmm. kadang2 tension gak bila dia asyik nak suh aku bagitahu family aku pasal ni. aku dah cakap banyak kali kat dia, family aku memang tak boleh terima, sebab knowledge diorang pasal hiv ni memang negative. huhu. apepon aku bersyukur doktor tu understanding.

perancangan masa depan? kawin? hehe ade ke wanita kat luar tu nak kan aku? pasal awek aku, dia still couple ngan aku. aku tak tahu nak break up dengan dia macam mana, sebab dia terlampau baik. aku tak nak kecewakan dia. aku tahu dia sangat sayang kan aku. dan aku pon sayangkan dia. tapi suatu hari nanti pasti aku akan bagitahu dia gak pasal benda ni. buat masa ni, niat aku, aku nak jaga dia selagi mana yang aku boleh. selagi nyawa masih dikandung badan. aku tak nak dia terjumpa salah orang atau mana2 jantan yang akan kecewakan hati dia. sebab aku sangat sayangkan dia. biarlah satu hari nanti bila sudah tiba masanya, aku akan bagitahu dia perkara sebenar. biarlah dia tentukan hidup dia sama ada nak bersama aku atau pon tidak. aku redha. tapi kalau boleh aku nak dia bersama orang lain yang layak membahagiakan dia. aku ni sapelah. dah la ade hiv. tah2 akan bahayakan dia pulak kalo aku kawin ngan dia nanti. huhu

ajal dan maut? aku redha. aku berserah kepadanya. jika aku pergi lebih awal, aku terima seadanya. sesungguhnya Allah itu maha mengetahui perjalanan hambanya. yang baik mahu pon yang buruk.

so ok lah sampai sini jelah update aku kali ni. chow dulu.

18 comments:

  1. Alhamdulillah. Aku doakan ko diberikan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki dan dicepatkan jodoh. Aminn.

    ReplyDelete
  2. keep posting..
    -secebisharapan-

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. time kasih bro sebab support. btw, macam mana kes ko? positive ke? aku doakan ko dijauhkan dari penyakit2 ni

      Delete
    2. aku nk cek bulan 5 nnti plak. Tp bnyk giler perubahan kt diri aku ni. ulser, ruam, pening, keringat mlm, sakit tekak, xde selera mkn, kulit kering n smua ada. aku nk contact ko cmne ek? terbeban aku skrng ni memandangkan makin ramai yg lari dari aku trmasuk gf aku sndri. huhu. leh email aku x syurgamenanti2016@gmail.com

      Delete
    3. bole emel aku kat jejakamalaya233@gmail.com insyaAllah takde pape tu.. aku doakan ko negatif..

      Delete
  4. orang yang layak, akan menerima awak

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum bro,
    Harap bro dalam keadaan sihat selalu dan didalam rahmat & hidayah Allah.

    Sy harap bro tenang dan tabah menghadapi. HIV bukan hukuman mati, ianya hanya salah satu sebab kematian. Banyak bukti yang menunjukkan HIV+ hidup lebih sihat dan lama dengan pengambilan ubat dan menjalani cara hidup sihat,jadi cubalah hidup sepert manusia normal lain.

    Kalau ada keinginan berkahwin,boleh teruskan tetapi hendaklah berterus terang dengan pasangan. Buat pembacaan bersama pasangan berkenaan cara untuk hidup bersama kerana tidak mustahil untuk mendapat zuriat yang bebas HIV (Hartman Family Story).

    Apapun, jangan lupa akan Allah,ujian ini diberikan kepada mereka yang mampu menempuhinya,jadi buktikanlah kepadaNya. Sy pun ada pengalaman hitam, dan hidayah ini mengajar sy untuk lebih menghargai hidup sy. Jd, gunakanlah masa yg ada untuk perbaiki diri dan berbakti pada mereka yang dikasihi.

    Sekain,Wassalam

    ReplyDelete
  6. https://www.facebook.com/doktormawi/

    Rawatan HIV/AIDS 100% SEMBUH..!!!!!!!!!!

    penawar HIV/AIDS pesakit HIV/AIDS ubat HIV/AIDS
    http://youtu.be/qrec5skatDU

    Utk pertanyaan lebih lanjut sila hubungi DR.MAWI

    For more information do contact DR.MAWI

    Whatsapp or sms to 019-2994577: type DR.MAWI 001

    ReplyDelete
  7. Assalam bro,

    Keep on blogging bro. Ur post buat orang yang baru mcm aku rasa ada semangat untuk terus hidup. At least ade guide how to live with this virus. Aku dilema mcm mane nak inform pada awek aku tentang condition aku sekarang. Aku cadang nak kawen tapi ntah laa. Kalau ade rezeki and jodoh insyaallah dipermudah kan segala urusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq bro.. tu yang aku harapkan.. stay strong.. insyaAllah Allah akan tunjukkan jalan..

      Delete
  8. sesungguhnya saya sangat gembira untuk hidup saya; Nama saya Vargas cynthia maye, saya
    tidak pernah terfikir bahawa saya akan hidup di bumi sebelum tahun tamat. Saya telah menghidap penyakit berbahaya (HIV) untuk 5 tahun yang lalu sekarang; Saya telah membelanjakan wang yang banyak untuk pergi dari satu tempat yang lain, dari gereja-gereja untuk gereja-gereja, hospital telah kediaman saya setiap hari. cek berterusan sehingga menjadi hobi saya tidak sehingga Bulan lepas, saya telah mencari melalui internet, saya melihat bukti bagaimana DR. Ben membantu seseorang dalam menyembuhkan penyakit HIV beliau, cepat saya disalin e-mel beliau yang (drbenharbalhome@gmail.com) .Saya bercakap dengan dia, dia bertanya kepada saya untuk melakukan beberapa perkara tertentu yang saya lakukan, dia memberitahu saya bahawa dia akan menyediakan herba kepada saya, yang beliau lakukan, maka dia meminta saya pergi untuk pemeriksaan perubatan selepas beberapa hari selepas menggunakan penawar herba, saya bebas daripada penyakit ini boleh membawa maut, dia hanya meminta saya untuk hantar kesaksian melalui seluruh dunia, dengan setia am melakukannya sekarang, saudara-saudara sila, dia hebat, saya berhutang dalam hidup saya. jika anda menghadapi masalah yang sama hanya e-mel dia di (drbenharbalhome@gmail.com) atau hanya WhatsApp dia di: + 22893464014.He juga boleh menyembuhkan penyakit seperti Kanser, Diabeties, Herpes. Lain-lain Anda boleh menghubungi saya di email: vargascynthiamaye1995@gmail.com

    ReplyDelete