pasal check up..aku plan nak pegi minggu depan..kata helmi abu, kat hospital sungai buloh efisien..tapi aku xsure prosedur dia macam mana..aiyooo..cuak ler plak..
tunang..aku dah putus..aku sendiri bagitahu parents dia..diorang boleh terima..alhamdulillah semua berjalan ngan lancar..ex tunang aku selalu call aku..tanya kabar..dia macam mengharap sangat kat aku..actually sebelum ni aku xpernah jumpa tunang aku ni..bila dah jumpa,memang aku xnafikan dia memang cantik..tapi apakan daya, aku xlayak tuk dia. aku stay umah dia 3 hari 2 malam sebab nak settlekan benda ni..
awek aku. aku tak tahu macam mana nak hadapi. aku rasa serba salah plak kalo putus ngan dia..aku xnak dia nangis..aku xnak hancurkan hati dia..kalo dia nangis..hancur luluh hati aku..kalo ikotkan..dah setahun setengah kitorang kapel. aku btol2 cintakan dia..tapi apakan daya..aku tak nak jangkitkan dia dengan penyakit aku ni..aku rasa down bila fikir pasal benda ni..tapi jauh di sudut hati aku..aku nak memperisterikan dia..tapi..hiv ada di dalam darah aku..ya Allah kuatkan hati hambamu ini..
Hey..jangan laa sedih2..rawatan HAART yang ada sekarang membolehkan pembawa HIV berkahwin dan ada zuriat tanpa menjangkitkan HIV kepada pasangannya mahupun kepada bayi. Saintis dah buktikan tentang perkara ini.
ReplyDeletetapi..awek sy bole terima ker lelaki mcm sy? sy rasa sy memang xkan berkeluarga..sy ni kotor..xde sape nk lelaki yg kotor mcm sy
DeleteInsya allah..saya yakin awek awak boleh terima awak. Kalau dia betul2 cintakan awak maka dia akan terima awak dalam keadaan yg mcm mana sekali pun. Orang perempuan ni special sikit. Kalau dia sayang seseorang tu maka dia akan sayang sungguh2.
Deleteamin. sy harap2 pon macam tu. tapi tak tahulah.instinct sy kuat mengatakan dia akan tinggalkan sy bila dah dapat tahu sy ni kotor. sebab dia tu kategori wanita2 yang cantik.tapi sy dah redha kalau situasi mcm tu berlaku
DeleteKalau saudara belum dapatkan rawatan, saya nasihatkan yang saudara dapatkan rawatan secepat mungkin. Peluang untuk saudara jalani kehidupan normal seperti orang lain tinggi kalau saudara mulakan rawatan awal. Kajian yang diterbitkan dalam journal2 antarabangsa menunjukkan mereka yang mulakan rawatan awal dapat menghalang virus HIV daripada terus memusnahkan CD4 yang sangat penting dalam melawan penyakit. Rawatan awal juga dapat menghalang HIV daripada membentuk dormant yang besar dalam cell DNA darah putih.
ReplyDeleteTerdapat juga kajian yang dibuat menunjukkan mereka yang cepat mulakan rawatan kadar peningkatan CD4 adalah jauh lebih pantas berbanding dengan mereka yang lewat mulakan rawatan. Ada juga kajian yang dibuat menunjukkan mereka yang mulakan rawatan awal telah berhenti makan ubat setelah virus HIV yang ada dalam badan tidak lagi menjadi ancaman kepada immune system. Virus HIV menjadi sangat lemah dan tidak aktif lagi. Ini dipanggil 'functional cure'.
Sebab itu WHO telah mengeluarkan garis panduan baru agar setiap negara di dunia ini memberikan rawatan HAART kepada mereka yang ada HIV apabila CD4 mula jatuh daripada 500. Sebelum ini 200 dan kemudian dinaikkan kepada 350. Sebabnya kajian yang dibuat menunjukkan rawatan awal yang diambil membolehkan pembawa HIV kekal sihat kerana ubat yang ada sekarang dapat menghalang virus daripada membuat salinan.
Oleh itu nasihat saya supaya saudara mulakan rawatan secepat mungkin. Jangan tunggu lebih lama kerana kesannya amat buruk sekali.
alhamdulillah..disebabkan makluman encik sy dah start buat rawatan bulan 6 aritu..tq encik
DeleteAlhamdulillah. Saya sangat gembira yg awak dah mulakan rawatan. Awak masih muda. Cd4 akn naik dgn cepat untuk org muda spt awak. Saya doakan bdn awak sesuai dgn ubat yg awak makan.
Deleteoh yeke. orang muda cd4 cepat naik ke? baru sy tahu.tapi sy masih belum start ubat lagi.insyaAllah maybe bulan 9 ni.kata doktor la.
DeleteHarap awak dpt ikut nasihat doctor. Mulakan rawatan awal adalah yg terbaik.
Delete