Tuesday, May 26, 2015

no more privacy for plhiv? haha

halo2 sume.

aku rasa da bersarang habuk dah aku nye blog ni. pasal aku memang lama gile tak update ape2. so aku rasa patut aku update something ar kan tuk peminat2 aku di luar sana. hihihi. masuk bakul angkat sendiri campak ke laut.

so arini aku ada appointment ngan doktor pakar aku pasal aku nye condition lah. basically, aku nye current cd4 dah turun sampai 385. sebelum ni 494 (kot) dan yang mula2 sekali dalam 500 something. haha. nampak nau aku tak amik kisah pasal cd4 aku kan?

so hari ni aku jumpe dr pakar aku, as usual pagi. aku start moto kapcai aku gi klinik tu sorang2. (yela, what do you expect orang nak temankan aku? gile? haha) pastu aku register kat kaunter and terus tunggu kat tempat ruang menunggu. ade 2 jam gak la aku tunggu. lama gile kali ni nak tunggu jumpe doktor yang disayangi (hehe).

jadinya lepas 2 jam aku tunggu kat klinik tu, akhirnya nama aku dipanggil. (dup dap dup dap). walaupon dah nak masuk kali ketiga jumpe dr ni, aku masih gak nervous. tak tahu nape. maybe sebab aku masih trauma lagi kot.

bila aku masuk je bilik tu,mak ai....... aku terkejut mati! punya lah berlambak manusia2 doktor pelatih yang muda2 kat situ. pehhhhhhhhhhh. aku time tu tak tahu nak describe macam mana feeling aku. bercampur baur. memang tak bole nak terkata perasaan aku time tu. malu. depression. marah. segan. silu. macam2 ah. so aku tebalkan muke je hadap semua manusia2 kat dalam tu.

hmm. aku memang malu giler. doktor2 tu semua baya2 aku je. aku tak tahu nak letak mana muka aku beb. hanya Allah je yang tahu. so dalam bilik tu, macam2 la penerangan dr pakar tu buat kat aku. mentang2 pelatih2 ade kat situ time ni la rajin nak banyak cakap and explain kat aku pasal dianogsis aku. haha

anyhow, aku buat muka tak tahu malu and my voice when aku cakap ngan doktor tu, tak tahu ah tiba2 jadi perlahan macam berbisik lak. ye ar. segan beb. segan. aku tak tahu nak letak muka aku kat mana. hmm. patutnya dr tu kena mintak izin aku dulu sebelum nak wat benda macam tu. itu hak privasi aku. tapi tak tahu ah kenapa dia buat macam tu kat aku. sedih. terkilan pon ade gak. hmm.

so lepas abis appointment aku tu aku terus gi balik and berfikir macam2 pasal peristiwa pagi semalam. macam2. haish. sepatutnya diorang patut pikir kalau diorang kat tempat aku ape diorang rasa? hmm. hanya Allah jelah yang tahu.

klah. sampai sini je ah ape aku nak cite tuk kali. insyaAllah kita berjumpa lagi di hari dan waktu yang sama, dalam rancangan......'ini suratan hidupku!' haha.

good nite! chow

10 comments:

  1. Doctor skrg mmg semakin low class..tak tau hak orang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tu ah. aku pon terkilan gak doktor tu buat macam tu. yang wat camtu doktor pakar lak tu. haish

      Delete
  2. Kajian terbaru masih membuktikan bahawa mereka yg mula mkn ubat selepas baru dikesan dapat hiv jauh lebih sihat, kurang kesan sampingan ubat dan dapat mengurangkan risiko penyakit2 berbahaya spt kanser berbanding dgn mrk yg lambat mulakan mkn ubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq atas nasihat tu. insyaAllah sy akan mulakan ubat bulan 9 ni. dalam masa bape bulan ni saya akan cuba nikmati hidup tanpa ubat sebelum seumur hidup sy akan kena makan ubat. hehe

      Delete
    2. Penawar kpd hiv insya allah akn ditemui dlm tempoh 2 hingga 5 tahun dr sekarang. Percayalah yg kita dah sampai peringkat yg jauh dlm melawan hiv. Kalau tahun 80an ramai yg meninggal disebabkan kegagalan ambil ubat yg diakibatkan kesan sampingan yg serius. Jumlah ubat yg diambil juga banyak sehingga 20 pills sehari dgn kos yg mahal. Sekarang ni ubat yg diambil bkn sahaja sedikit satu atau 2 biji sehari ttp kesan sampingannya juga sgt minimum. Mrk yg mulakan rawatan awal dpt hidup spt manusia normal yg lain.

      Delete
  3. mak oii kurang hajoo..awak, nanti boleh tak bagitahu detail hospital mana dan tarikh, lebih kurang gitu, dekat blog saya ada form hubungi. actually saya one of MT sebuah NGO yang fight untuk isu HIV, kalau awak bagi nama hospital ke, nanti saya boleh suarakan pada KKM.thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq awak. btw sy ada baca blog awak, sy terharu dengan kisah awak dan pasangan. sy doakan awak dan pasangan sentiasa bahagia sehingga ke akhir hayat

      Delete
  4. Hmmmm ramai ke yg mendengar? Mana pergi privasi pesakit dan doctor? Seorang pelatih boleh la diterima, tp kalau buat kelas kat dlm tu, baik ko mtk komisyen jadi bahan uji kaji. Hehe just kidding. Tp kesian ko. Aku paham perasaan ko.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ah, kalo dapat tips ke komisyen ke, ade ler untung gak. ni tak pasal2 jadi model tak berbayar. haha

      Delete